Monday, 13 August 2012

PENDAHULUAN


Pusat Pengajian Qiraati

Blok C, 12B-3, Jalan Selaman 1, Dataran Palma, 68000 Ampang, Selangor

Telefon : 016-6718 966 

Email : sitippq@yahoo.com


Pusat Pengajian Qiraati ialah sebuah pusat pengajian yang menjalankan pelbagai perkhidmatan Ilmuan Islamiah dan Pendidikan untuk golongan Dewasa, Remaja dan Kanak-Kanak. Pusat Pengajian ini sudah lama beroperasi semenjak tahun 2009  lagi, sebelum ini  ia beroperasi dari rumah ke rumah sahaja,  namun  ia tidak didaftarkan di bawah akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana tiada tempat yang sesuai.

Pada 22 April 2011, Pusat Pengajian Qiraati telah beroperasi sepunuhnya dan telah didaftarkan di bawah akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan No Pendaftaran : 002033840-H .

Kelas ini ditubuhkan atas permintaan masyarakat sekeliling yang inginkan kaedah pendidikan Al- Quran & Iqra secara teratur dan sistematik. Selain itu, ia juga diharapkan dapat membentuk Generasi Al-Quran yang cemerlang Duniawi & Ukhrawi. 


  • Memberi ruang kepada golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak muslim mengenali Al-Quran secara mendalam.
  • Memberi peluang dan ruang untuk mempelajari, memperbaiki dan mengetahui cara-cara membaca Al-Quran dengan tajwid dan Mahraj yang betul.
  • Membuka ruang untuk mempelajari Fardhu Ain dengan lebih mendalam.
  • Memberi peluang kepada pelajar sekolah Rendah dan Menengah untuk mempelajari Pendidikan Islam yang telah ditetapkan di Sekolah.
  • Memberi peluang dan ruang untuk memperbaiki dan mempelajari ilmu tajwid, hafazan, asas-asas jawidan ilmu agama dengan lebih mendalam. 

OBJEKTIF
  • Melahirkan Muslim yang celik agama terutama Al-Quran 
  • Melahirkan generasi yang menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup. 
  • Dapat memahami Fardhu Ain  melalui latihan amali serta membaca Al-Quran dengan bertajwid.
  • Dapat menghafaz surah-surah lazim yang terpilih.
  • Diakhir pengajian, peserta dapat menguasai dan mengaplikasikan bacaan Al-Quran dengan tajwid yang betul serta dapat membaca surah-surah lazim dalam Solat dengan mahraj dan sebutan yang betul.



CARA PERLAKSANAAN
  • Kelas di lakukan secara individu iaitu " face to face"
  • Pelajar di benar kan datang pada mana-mana waktu dan hari yang dijadualkan
  • Pengajar mesra dengan mengendalikan kelas tetapi tegas dalam pengajaran
  • Latih tubi akan diberikan untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang terbaik
  • Pembelajarai dalam keadaan yang bersantai, disiplin dan pemantauan yang berterusan
  • Pendekatan dari hati ke hati, serta konsep kekeluargaan

No comments:

Post a Comment